Thursday 3 December 2015



Malam Semarak Kemerdekaan  Sempena ADS1M Tahun2015

Masa yang dinanti akhirnya tiba, debaran yang terasa semakin bertemu kemuncaknya , setelah sebulan lebih bertungkus lumus , penat jerih penduduk Kampung untuk menantikan saat ini akhirnya masa yang ditunggu tiba.

Barisan panel hakim Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia peringkat kebangsaan bagi tahun 2015 tiba jua di Kampung Sungai Udang, Kampung Sungai Udang merupakan kampung yang ke -6 selepas Panal hakim menjelah ke negeri Johor, Melaka, Negeri sembilan, Selangor dan Perak.

Ketibaan rombongan panel hakim ini disambut dengan meriah oleh motosikal berkuasa tinggi, perarakan motosikal oleh anak-anak muda kampung Sungai Udang, serta lanca ( beca ) yang membaca panel hakim .

Antara Acara -acara menarik yang turut dipersembahkan kepada rombongan serta urusetia ADS1M  ialah tembakan meriam , bunga api , persembahan boria, kompang, persembahan puisi oleh kanak-kanak, pidato kemerdekaan , pengkisahan bersama tokoh paling veteran kampung Sungai Udang, Turut diadakan persembahan mendeklamasikan puisi oleh ahli serta pengerusi JKKKP Kampung Sungai udang lengkap dengan pakaian  tradisional raja-raja melayu.




Panel Hakim diarak menggunakan lanca/beca 










Cahaya lampu menandakan ketibaan rombongan serta barisan urusetia ADS1M Peringkat kebangsaan ke Kampung Sungai Udang







Bukan senang nak naik beca roda tiga ni.. kalau org tidak  berani memang tak naik la jawapnya 






Anak muda Kampung Sungai Udang turut mengambil bahagian










Perarakan masuk oleh pesilat- pesilat dengan membaca colok




Segak bergaya panel hakim dengan berbaju batik






Pengerusi mengalungkan mafla kepada panel hakim 















































Orang ramai tidak sabar menanti acara bermula 













Ucapan aluan oleh Pengerusi JKKKP Kampung Sungai Udang






















































Warisan orang Pulau Pinang " BORIA"







Boria mengambil tempat






























































































No comments:

Post a Comment