SEJARAH KAMPUNG

Kuala Haji Ibrahim 


Sungai Udang merupakan salah sebuah kampung yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan yang juga bersebelahan dengan Negeri Perak. Kewujudan kawasan kampung Sungai Udang adalah kira -kira 186 tahun yang lampau.

Menurut beberapa sumber lisan yang diperolehi daripada penduduk awal kampung Sungai Udang, pembukaan kawasan kampung adalah daripada kesan kewujudan hidupan laut iaitu " UDANG" yang muncul begitu banyak di sepanjang persisiran sungai pada waktu itu. maka dengan itu penduduk  kampung telah sepakat untuk menamakan kampung tersebut dengan nama " Sungai udang". Kebanyakkan penduduk awal kampung Sungai Udang ini datangnya dari Acheh, sumatera barat dan juga penduduk awal Cina bermula dengan beberapa keluarga yang datang berdagang  dari negera China. Pekerjaan utama penduduk hasil penerokaan tanah ialah sebagai petani dan nelayan.

No comments:

Post a Comment