Pertandingan Keceriaan Sempena menyambut Kemerdekaan kali ke-58
Buat julung kalinya pada tahun ini, Kampung Sungai Udang telag merancang pelbagai program dan aktiviti bagi mengisi sambutan hari kemerdekaan kali ke -58 pada tahun ini. Antaranya pertandingan keceriaan kemerdekaan menggunakan bahan -bahan terbuang, apa yang boleh admin katakan sepanjang admin lahir inilah aktiviti yang memang menarik, penduduk kampung bekerjasama untuk memeriahkan hari kemerdekaan, Keringat yang dikeluarkan usah ditanya tetapi kepuasan selepas melihat hasil kerja itu yang lebih penting.
Hari terakhir sebelum sambutan ambang kemerdekaan di kampung ini bagaikan malam raya, atas jalan raya meriah dengan pemasangan bendera, anak -anak muda bergotong royong menyiapkan pintu gerbang, yang meronda melawat kawasan pun tidak kurangnya. Oklah jom kita tengok gambar yang sempat admin paparkan untuk cerita kali ini. moga menjadi inspirasi kepada anda diluar sana untuk sambutan kemerdekaan tahun hadapan .
|
Tak payah ke Melaka di Sungai Udang pun ada , tapi setahun sekali je la dapat tengok |
|
Antara hasil kreativiti tuan rumah dengan keluarnganya |
|
Replika KLCC |
|
logo 58 dari bahan terbuang |
|
Model kereta Proton Saga milik anak tuan rumah ....... |
|
Juri pun tidak ketinggalan |
|
Peluang tidak disia siakan...bergambar dulu dengan replika klcc ni. Semangat betul orang kampung admin nie |
|
Generasi selepas Merdeka |
No comments:
Post a Comment