SESI PENILAIAN PENAL HAKIM HARI KEDUA
Hari kedua Sesi Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia diteruskan dengan hari kedua,
Ketibaan rombongan ahli panel Hakim disambut dengan konvoi bermotosikal yang terdiri dari penduduk kampung Sungai udang, motosikal berkuasa tinggi dan perarakan basikal berhias terdiri dari kanak -kanak Kampung Sungai Udang , panel hakim dibawa ke Kampung Sungai Udang dengan menaiki lanca Pulau Pinang agar mereka dapat melihat dan menikmati keindahan sepanjang perjalanan ke Kampung Sungai Udang.
Selain diarak menaiki lanca dan konvoi berkuasa tinggi , Perarakkan oleh pasukan berkuda kampung Sungai Udang juga turut diadakan suasana begitu meriah diatas jalan, penuh dengan warna warni. Sepanjang perjalanan ke Kampung Sungai Udang mereka dihidangkan dengan pelbagai rekabentuk replika dari bahan - bahan terbuang seperti replika teko dan cawan daripada tayar terpakai, menara KLCC dari tin susu terpakai dan botol plastik mineral water yang dibentuk nombor 58 sempena kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
Sarapan pagi dengan menu tradisional sepeerti kuih serabai, pulut bersama ikan kering , ubi kayu rebus , nasi lemak beserta air kopi pasti menggamit memori semua kerana menu sebegitu amat susah untuk didapati di bandar - bandar besar tetapi amat mudah didapati di kampung - kampung.
Pelbagai acara telah diadakan disepanjang sesi penilaian penal hakim seperti demotrasi membuat sandwich , sushi , membuat kraf dari kertas surat khabar , kraf riben serta pertandingan mewarna kanak-kanak. berjalan sehingga tamat sesi penilaian.
Turut diadakan perasmian galeri kemerdekaan Kampung Sungai Udang yang telah dirasmikan oleh Ketua Panel Hakim En.Abdul Malique B. Abdul Razak. Galeri kemerdekaan ini adalah cetusan idea dari kalangan anak -anak ,muda kampung Sungai Udang yang mahu agar sejarah kemerdekaan negara dan Kampung diabadikan di satu tempat untuk tontonan dan rujukan untuk genarasi yang akan datang.
Alhamdulillah perjalanan sepanjang sesi penilaian hari kedua berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang panas, Maka tamatlah sudah sesi penilaian untuk Anugerah Desa Sejahtera 1 malaysia peringkat kebangsaan tahun 2015 di Kampung Sungai Udang ini.
Pasukan berkuda turut menyambut ketibaan rombongan panel hakim |