HARI KEDUA
PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN KAMPUNG SUNGAI UDANG
31 OGOS 2015 ( PAGI)
Seawal jam 7.00 pagi lagi warga kampung telah berkumpul di tempat permulaan untuk acara perbarisan. Dari golongan kanak- kanak hingalah ke warga emas semuanya masing masing bersemangat . mana tidaknya sejak merdeka inilah julung kalinya diadakan perbarisan hari kemerdekaan semangat masing masing berkobar kobar, meskipun disambut hanya diperingkat kampung namun semangat cinta pada negara tidak pernah terhakis dari minda mereka.
Perbarisan yang disertai oleh pelbagai ngo -ngo kampung serta ditambah dengan perarakan motosikal berhias dan basikal berhias menambahkan lagi kemeriahan ulang tahun kemerdekaan ke -58 pada tahun ini.
Golongan kanak-kanak pun tidak lepas turut menghias basikal masing -masing untuk turut serta dalam perarakan kemerdekaan kali ini. |
No comments:
Post a Comment