Alhamdulillah sekali lagi pada tarikh 09 September 2015 Kampung Sungai Udang menerima kunjungan barisan panel juri untuk membuat penilaian. Kali Kampung Sungai Udang mewakili Daerah Seberang Perai Selatan akan berentap dengan wakil dari 4 daerah yang lain mewakili Negeri Pulau Pinang ke pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia peringkat Kebangsaan.
Pages
- Home
- SEJARAH KAMPUNG
- MAKLUMAT ASAS
- KEROHANIAN DAN KEMASYARAKATAN
- KEBERSIHAN , KESIHATAN DAN KECERIAAN
- TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
- PATRIOTISMA DAN KEMERDEKAAN
- PENDIDIKAN DAN LATIHAN
- KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN
- INFO PENDUDUK
- CARTA ORGANISASI JKKKP SUNGAI UDANG
- LOGO KAMPUNG ,SLOGAN , MISI DAN VISI
- PRODUK MAKANAN KAMPUNG SUNGAI UDANG
Wednesday, 14 October 2015
Program Korban 2015
Program Korban Sempena Hari raya Aidiladha 2015
Sempena sambutan hari raya adidiladha yang disambut pada 24 september 2015 . Sebanyak 4 ekor lembu telah disembelih selepas solat sunat aidiladha dengan kerjasama daripada penduduk kampung yang diadakan secara gotong -royong .
Tuesday, 13 October 2015
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2015
MALAM “ SEHATI SEJIWA SAYANGI MALAYSIA ” KAMPUNG SUNGAI UDANG
31 OGOS 2015
Acara disebelah petang diteruskan lagi dengan pelbagai acara sukaneka , pakaian beragam kemerdekaan serta jamuan hari raya.
Memandangkan pada tahun ini JKKKP Kampung Sungai Udang tidak mengadakan jamuan hari raya maka kesemua ahlijawatankuasa telah sepakat untuk menggabungkan jamuan hari raya bersama dengan program kemerdekaan. " Merdeka Raya" begitulah perkataan sesuai digambarkan , dalam suasana yang harmoni masyarkat kampung sekali lagi bergotong royong untuk membuat persediaan jamuan yang diadakan di sebelah petang.
Program yang berlangsung selama 2 hari dengan tenaga kerja yang terdiri dari segenap lapisan umur dirasakan begitu cepat berlalu. Semoga kemeriahan dan silaturrahim serta hubungan yang erat di antara masyarakat kampung akan berterusan untuk tahun tahun seterusnya.
Barisan Ahli jawatankuasa dan Urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program selama 2 hari . Syabas dan tahniah !! |
Monday, 12 October 2015
PERARAKAN KEMERDEKAAN 2015
HARI KEDUA
PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN KAMPUNG SUNGAI UDANG
31 OGOS 2015 ( PAGI)
Seawal jam 7.00 pagi lagi warga kampung telah berkumpul di tempat permulaan untuk acara perbarisan. Dari golongan kanak- kanak hingalah ke warga emas semuanya masing masing bersemangat . mana tidaknya sejak merdeka inilah julung kalinya diadakan perbarisan hari kemerdekaan semangat masing masing berkobar kobar, meskipun disambut hanya diperingkat kampung namun semangat cinta pada negara tidak pernah terhakis dari minda mereka.
Perbarisan yang disertai oleh pelbagai ngo -ngo kampung serta ditambah dengan perarakan motosikal berhias dan basikal berhias menambahkan lagi kemeriahan ulang tahun kemerdekaan ke -58 pada tahun ini.
Golongan kanak-kanak pun tidak lepas turut menghias basikal masing -masing untuk turut serta dalam perarakan kemerdekaan kali ini. |
Subscribe to:
Posts (Atom)