Pertandingan Keceriaan Sempena menyambut Kemerdekaan kali ke-58
Buat julung kalinya pada tahun ini, Kampung Sungai Udang telah merancang pelbagai program dan aktiviti bagi mengisi sambutan hari kemerdekaan kali ke -58 pada tahun ini. Antaranya pertandingan keceriaan kemerdekaan menggunakan bahan -bahan terbuang, apa yang boleh admin katakan sepanjang admin lahir inilah aktiviti yang sangat menarik, penduduk kampung bekerjasama untuk memeriahkan hari kemerdekaan, keringat yang dikeluarkan usah ditanya tetapi kepuasan selepas melihat hasil kerja itu yang lebih penting.
Hari terakhir sebelum sambutan ambang kemerdekaan di kampung ini bagaikan malam raya, atas jalan raya meriah dengan pemasangan bendera, anak -anak muda bergotong royong menyiapkan pintu gerbang, yang meronda melawat kawasan pun tidak kurangnya. Oklah jom kita tengok gambar yang sempat admin paparkan untuk cerita kali ini. moga menjadi inspirasi kepada anda diluar sana untuk sambutan kemerdekaan tahun hadapan .
|
Replika KLCC |
|
Nor "58' dari bahan terbuang |
|
Model Kereta Proton Saga keluaran Pertama Malaysia milik anak tuan rumah pun tak ketinggalan dihias cantik |
|
Tengok ni.... dah macam suasana raya dekat rumah peserta pertandingan ... orang kampung ambil peluang bergambar dengan replika KLCC |
|
Panel Juri pon tak lepas peluang untuk bergambar |
No comments:
Post a Comment