Friday, 4 September 2015

Program Kemerdekaan 2015

Pertandingan Keceriaan  Sempena menyambut Kemerdekaan kali ke-58

Buat julung kalinya pada tahun ini, Kampung Sungai Udang telah merancang pelbagai program dan aktiviti bagi mengisi sambutan hari kemerdekaan kali ke -58 pada tahun ini. Antaranya pertandingan keceriaan kemerdekaan  menggunakan bahan -bahan terbuang, apa yang boleh admin katakan sepanjang admin lahir inilah aktiviti yang sangat menarik, penduduk kampung bekerjasama untuk memeriahkan hari kemerdekaan, keringat yang dikeluarkan usah ditanya tetapi kepuasan selepas melihat hasil kerja itu yang lebih penting.


Hari terakhir sebelum sambutan ambang kemerdekaan  di kampung ini bagaikan malam raya, atas jalan raya meriah dengan pemasangan bendera, anak -anak muda bergotong royong menyiapkan pintu gerbang, yang meronda melawat kawasan pun tidak kurangnya. Oklah  jom kita tengok gambar yang sempat admin paparkan  untuk cerita kali ini. moga menjadi inspirasi kepada anda diluar sana untuk sambutan kemerdekaan tahun hadapan .


























































































































Replika KLCC












Nor "58' dari bahan terbuang 













Model Kereta Proton Saga keluaran Pertama Malaysia milik anak tuan rumah pun tak ketinggalan dihias cantik 








Tengok ni.... dah macam suasana raya dekat rumah peserta pertandingan ... orang kampung ambil peluang bergambar dengan replika KLCC

























Panel Juri pon tak lepas peluang untuk bergambar










TELUK SENANGIN

Beriadah bersama penduduk kampung di Teluk Senangin, Perak

Program kali ini  beriadah sambil merehatkan minda di Teluk Sanangin, Perak. Program yang boleh mengeratkan ukhuwah diantara masyarat kampung ini memang dinanti nantikan sejak sekian lama, almaklumprogram besar bakal menanti ,

Selama 2 hari satu malam pelbagai program dilaksanakan antaranya bergotong royong menyediakan barbeque. pelbagai peralatan dan persiapan yang memang dibawa khas dari kampung ke Teluk Senangin untuk memudahkan percutian santai kali ini.

Semoga dimasa hadapan  lebih banyak tempat yang boleh dilawati dan lebih banyak aktiviti yang akan dijalankan .


Terima kasih kepada penganjur , penduduk -penduduk kampung Sungai Udang yang tidak kira peringkat umur yang turut sama ke Teluk Senangin .


















Wajah-wajah gembira dapat bercuti begini memang best.







Memasak nasi pon siap bawak periuk dari kampung sendiri ..memang terbaiklah






Barbeque