Objektif utama Program ini adalah bagi memberi peluang kepada Siswa IPT untuk membantu masyarakat di Kawasan Luar bandar dengan menyalurkan sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat dalam bidang kemahiran yang mereka peroleh di IPT seperti Polietknik Seberang perai, Kolej Komuniti Nibong Tebal, dan Giat MARA Sungai Bakap.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mahmud Bin Zakaria ADUN Sungai Acheh merangkap Pengerusi Focus Group Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Rakyat. Turut serta sepanjang program ini berlangsung adalah Tuan Hj. Zulkifli B. Ariffin, Pengarah Politeknik Seberang Perai.
Antara Program dan aktiviti yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek iaitu
a) Projek Khidmat Komuniti :
- Pemeriksaaan Kesihatan , klinik Motosikal , daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya , Pameran Denggi,
Pameran dan pendaftaran Keahlian Perpustakaan , Kursus masakan kek dan Muffin ,
kursus Ukiran Buah-Buahan , Motivasi pelajar dan penyerahan sumbangan kerumah penduduk uzur dan kurang berkemampuan.
b) Projek Gotong Royong
- mengecat bangunan surau , mengecat pagar surau dan menanam pokok
c) Projek Mencungkil Bakat
- Pertandingan Mewarnan keluarga , pertandingan ukiran buah-buahan , pertandingan gubahan bunga,
pertandingan masakan puding, pertandingan permainan tradisional congkak, dam aji, batu seremban dan pertandingan dart.
Program yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung dimeriahkan lagi dengan acara gotong royong memasak . Persediaan dilakukan seawal jam 7.00 pagi untuk menyambut ketibaan rombongan pelajar-pelajar dan tamat jam 6.00 petang . Semoga kampung ini akan terus menjadi pilihan didalam program kesukarelaan di masa - masa akan datang.
YB Dato Hj. Mahmud B. Zakaria menandatangani Plak perasmian Balai Lintang surau Sungai Udang |
Pemeriksaan Kesihatan dari kakitangan Klinik kesihatan Sungai Acheh |
No comments:
Post a Comment