Wednesday, 7 May 2014

Program Kesejahteraan Rakyat (Kesukarelaan)

26 April 2014, Bertempat di Perkarangan Surau Sungai Udang telah berlangsung satu Program yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang  iaitu Program Kejahteraan rakyat ( Kesukarelaan) , dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai, JKKKP Sungai Udang dan Surau Sungai Udang.  Kampung ini sekali lagi bertuah menerima ramai pelajar -pelajar dari Politeknik Seberang Perai, Pelatih Pusat Giat Mara polis, Sungai Bakap serta Pelajar dari Institut Latihan PERDA Bukit Panchor, bagi menjalankan program kesukarelaan pada kali ini bersama -sama dengan penduduk kampung Sungai Udang.

Objektif utama Program ini adalah bagi memberi peluang kepada Siswa IPT untuk membantu masyarakat di Kawasan Luar bandar dengan menyalurkan sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat dalam bidang kemahiran yang mereka peroleh di IPT seperti Polietknik Seberang perai, Kolej Komuniti Nibong Tebal, dan Giat MARA Sungai Bakap.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mahmud Bin Zakaria ADUN Sungai Acheh merangkap Pengerusi Focus Group Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Rakyat. Turut serta sepanjang program ini berlangsung adalah Tuan Hj. Zulkifli B. Ariffin, Pengarah Politeknik Seberang Perai.

Antara Program dan aktiviti yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek iaitu

a) Projek Khidmat Komuniti :
     - Pemeriksaaan Kesihatan , klinik Motosikal , daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya , Pameran Denggi,
        Pameran  dan pendaftaran Keahlian Perpustakaan , Kursus masakan kek dan Muffin ,
        kursus Ukiran Buah-Buahan , Motivasi pelajar dan penyerahan sumbangan kerumah penduduk uzur             dan kurang berkemampuan.

b) Projek Gotong Royong
    - mengecat bangunan surau , mengecat pagar surau dan menanam pokok

c) Projek Mencungkil Bakat
    - Pertandingan Mewarnan keluarga , pertandingan ukiran buah-buahan , pertandingan gubahan bunga,
       pertandingan masakan puding, pertandingan permainan tradisional congkak, dam aji, batu seremban dan        pertandingan dart.

Program yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung  dimeriahkan lagi dengan acara gotong royong memasak . Persediaan dilakukan seawal jam 7.00 pagi untuk menyambut ketibaan rombongan pelajar-pelajar  dan tamat jam 6.00 petang . Semoga kampung ini akan terus menjadi pilihan didalam program kesukarelaan di masa - masa akan datang.





























YB Dato Hj. Mahmud  B. Zakaria menandatangani Plak perasmian Balai Lintang surau Sungai Udang













Pemeriksaan Kesihatan dari kakitangan Klinik kesihatan Sungai Acheh





















































Anugerah Desa Sejahtera 2014

24 April 2014 , telah berlangsung majlis meraikan kedatangan panel hakim bagi mengadili pertandingan desa sejahtera 2014,  Persiapan yang berlangsung selama beberapa minggu akhirnya telah tiba hari yang dinantikan,

Seawal jam 7.30 pagi semua barisan ahli jawatankuasa dan penduduk kampung sungai udang telah datang ke Dewan Surau  , yang mana akan berlangsung majlis yang dinantikan. untuk membuat persiapan terakhir.Kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya Kakitangan  KEMAS Daerah Seberang Perai Selatan serta penduduk kampung dalam menjayakan program kali ini, menang atau kalah itu adat pertandingan. Pengalaman yang dikumpul itu lebih berharga dari segalanya.

Sedang menanti tetamu 





YB Dato'Hj. Mahmud B. Zakaria ADUN Sg. Acheh yang sentiasa turun padang memberi sokongan .





Panel juri diarak masuk ke dalam dewan 



















Menjamu Selera 








Cenderhati Dari JKKP Sg. Udang untuk Panel Juri








Lawatan Ke Pengusaha Satay En. Mohd Radhi  B. Kadim