Saturday, 5 December 2015


SESI PENILAIAN PENAL HAKIM HARI KEDUA 

Hari kedua Sesi Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia diteruskan dengan hari kedua,
Ketibaan rombongan ahli panel Hakim disambut dengan konvoi bermotosikal yang terdiri dari penduduk kampung Sungai udang, motosikal berkuasa tinggi dan perarakan basikal berhias terdiri dari kanak -kanak Kampung Sungai Udang , panel hakim dibawa ke Kampung Sungai Udang dengan menaiki lanca Pulau Pinang agar mereka dapat melihat dan menikmati keindahan sepanjang perjalanan ke Kampung Sungai Udang.

Selain diarak menaiki lanca dan konvoi berkuasa tinggi , Perarakkan oleh pasukan berkuda kampung Sungai Udang juga turut diadakan  suasana begitu meriah diatas jalan, penuh dengan warna warni. Sepanjang perjalanan ke Kampung Sungai Udang mereka dihidangkan dengan  pelbagai rekabentuk replika dari bahan - bahan terbuang seperti replika teko dan cawan daripada tayar terpakai, menara KLCC dari tin susu terpakai dan botol plastik mineral water yang dibentuk nombor 58 sempena kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.

Sarapan pagi dengan menu tradisional sepeerti kuih serabai, pulut bersama ikan kering , ubi kayu rebus , nasi lemak beserta air kopi pasti menggamit memori semua kerana menu sebegitu  amat susah untuk didapati di bandar - bandar besar tetapi amat mudah didapati di kampung - kampung.

Pelbagai acara telah diadakan disepanjang sesi penilaian penal hakim seperti demotrasi membuat sandwich , sushi , membuat kraf dari kertas surat khabar , kraf riben serta pertandingan mewarna kanak-kanak. berjalan sehingga tamat sesi penilaian.

Turut diadakan perasmian galeri kemerdekaan Kampung Sungai Udang yang telah dirasmikan oleh Ketua Panel Hakim En.Abdul  Malique B. Abdul Razak. Galeri kemerdekaan ini adalah cetusan idea dari kalangan anak -anak ,muda kampung Sungai Udang yang mahu agar sejarah kemerdekaan  negara dan Kampung diabadikan di satu tempat untuk tontonan dan rujukan untuk genarasi yang akan datang.

Alhamdulillah perjalanan sepanjang sesi penilaian hari kedua berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang panas, Maka tamatlah sudah sesi penilaian  untuk Anugerah Desa Sejahtera 1 malaysia peringkat kebangsaan tahun 2015 di  Kampung Sungai Udang ini. 











Pasukan berkuda  turut menyambut ketibaan rombongan panel hakim 

























































Thursday, 3 December 2015



Malam Semarak Kemerdekaan  Sempena ADS1M Tahun2015

Masa yang dinanti akhirnya tiba, debaran yang terasa semakin bertemu kemuncaknya , setelah sebulan lebih bertungkus lumus , penat jerih penduduk Kampung untuk menantikan saat ini akhirnya masa yang ditunggu tiba.

Barisan panel hakim Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia peringkat kebangsaan bagi tahun 2015 tiba jua di Kampung Sungai Udang, Kampung Sungai Udang merupakan kampung yang ke -6 selepas Panal hakim menjelah ke negeri Johor, Melaka, Negeri sembilan, Selangor dan Perak.

Ketibaan rombongan panel hakim ini disambut dengan meriah oleh motosikal berkuasa tinggi, perarakan motosikal oleh anak-anak muda kampung Sungai Udang, serta lanca ( beca ) yang membaca panel hakim .

Antara Acara -acara menarik yang turut dipersembahkan kepada rombongan serta urusetia ADS1M  ialah tembakan meriam , bunga api , persembahan boria, kompang, persembahan puisi oleh kanak-kanak, pidato kemerdekaan , pengkisahan bersama tokoh paling veteran kampung Sungai Udang, Turut diadakan persembahan mendeklamasikan puisi oleh ahli serta pengerusi JKKKP Kampung Sungai udang lengkap dengan pakaian  tradisional raja-raja melayu.




Panel Hakim diarak menggunakan lanca/beca 










Cahaya lampu menandakan ketibaan rombongan serta barisan urusetia ADS1M Peringkat kebangsaan ke Kampung Sungai Udang







Bukan senang nak naik beca roda tiga ni.. kalau org tidak  berani memang tak naik la jawapnya 






Anak muda Kampung Sungai Udang turut mengambil bahagian










Perarakan masuk oleh pesilat- pesilat dengan membaca colok




Segak bergaya panel hakim dengan berbaju batik






Pengerusi mengalungkan mafla kepada panel hakim 















































Orang ramai tidak sabar menanti acara bermula 













Ucapan aluan oleh Pengerusi JKKKP Kampung Sungai Udang






















































Warisan orang Pulau Pinang " BORIA"







Boria mengambil tempat