Karnival Kampung Sungai Udang
Pada Tanggal 1 Februari 2015 , telah berlangsung satu Karnival Keluarga Kampung Sungai Udang , yang diadakan di perkarangan surau Sungai udang. Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan penduduk kampung selain menjadi salah satu platfom dimana penduduk kampung berkumpul beramai - ramai sambil membawa keluaga dan bersantai dengan menyertai acara yang disediakan.
Karnival ini telah dianjurkan oleh JKKKP Sungai udang, Surau Sungai Udang dan juga UMNO Cawangan Sungai Udang. Perlbagai acara telah dijalankan seperti pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional yang membuka kaunter khas bagi penerima BRIM yang masih belum mempunyai akaun, kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kesihatan, Jabatan Tenaga Kerja, Perbadanan Perpustakaan Awam serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Antara Acara -acara yang turut dipertandingkan bagi memeriahkan karnival keluarga kali ini seperti pertandingan memancing, mewarna keluarga, Bowling kelapa, kukur kelapa, dan pelbagai lagi. Acara -acara ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh Belia dan Beliawanis kampung Sungai Udang .
|
Pemberian cenderahati kepada YB Dato' Hj, Mahmood B. Zakaria ( ADUN Kawasan Sg. Acheh ) yang sudi merasmikan Karnival Keluarga Kampung sungai Udang. |
|
Cenderhati kepada jabatan dan agensi - agensi yang mengambil bahagian didalam Pameran . |
|
Ketua pasukan futsal kampung Sungai Udang , menerima hadiah trofi daripada YB Dato' Mahmud B. Zakaria |
|
Antara pemenang cabutan nombor bertuah |
|
Anatara acara sukaneka yang dipertandingkan ' Mengukur kelapa" |
|
Acara Basikal lambat |
|
Baling Belon |
|
Acara Bowling Kelapa |
|
Acara kanak -kanak turut diadakan seperti " Bola Berirama" |
|
Acara Kerusi Berirama Kanak - kanak perempuan |
|
Acara Tiup Belon sampai pecah " kanak-kanak Lelaki" |
|
Pertandingan Mewarna Keluarga |
|
Pertandingan Memancing |
|
Pertandingan Gubahan Bunga Segar |
|
Pertandingan Ukiran Buah Tembikai dan Nanas |
|
Pertandingan Masakan Puding |
|
Pemeriksaan Kesihatan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Acheh |
|
Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan. |
|
Bank Simpanan Nasional |
|
kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyrakat
|
Kaunter pendaftaran keahlian UMNO dan daftar pemilih yang dikelolakan oleh
Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal